Online Diary ♔ SµρєʀPєи∂єќ ♔: Ribuan Terima Kasih Saya Ucapkan :')

Pages

Tuesday 23 April 2013

Ribuan Terima Kasih Saya Ucapkan :')

ASSALAMUALAIKUM :) 
Cerita ini mengisahakan kenangan di SK LA SALLE 2 JINJANG. Eliza, Unirah, Mariam, Syamim, Hasyira, Ain, dan juga yang lain-lain, Kita selalu pergi sekolah sama-sama *ada yang tak*. Kita selalu makan bersama-sama, main pun sama-sama. Main hoki, bola jaring, bola sepak, badminton dan sewaktu dengannya. Masa ANUGERAH CEMERLANG kita ada buat persembahan TERIMA KASIH CIKGU ingat tak? kalau boleh nak duduk sekolah tu sampai SPM :') bila kita nak berpisah, kita menangis sebab tak boleh berpisah antara satu sama lain. Kami rindu SK LA SALLE 2 JINJANG. Kami rindu cikgu-cikgu yang telah mengajar, mendidik, memahami perasaan :'). Tetapi kadangkala kita tak suka cikgu marah kita kan? Tapi kita mungkin tak tahu cikgu marah kita ada sebab, and cikgu marah kita tandanya cikgu sayang dekat kita. Masa UPSR result kita masing-masing berlainan. Ada yang 3A, 2A dan 1A. Tetapi selepas dapat keputusan sekolah menengah, antara kita semua saya je yang berlainan sekolah. Kini tiba masa untuk saya pergi berjauhan dengan kauorang semua. Kauorang jaga diri elok-elok kayyy. Ingat tak? kita kena jumpa USTAZ ANUAL sebab buat masaalah. Sampai kena pecat pengawas. PUAN TAN, MR RAHMAN, USTAZ ANUAL and cikgu-cikgu lain masing-masing memberi nasihat dekat kitakan? Itu tandanya cikgu sayang kita :'). Bila kita dah berpisah kita selalu CHAT dekat FACEBOOK je. Hati saya sedih, terpisah dengan kauorang. Rindu kawan lama, cikgu-cikgu, adik-adik semua. Saya berharap kita dapat ketemu lagi. Mungkin ALLAH memisahkan kita hanya sementara waktu. :'). Di sekolah rendah saya mungkin degil, tak dengar kata. Tapi di sekolah menengah saya  hendak berubah sedikit demi sedikit. Ingat tak kata-kata USTAZ ANUAL time agama?
"Tidak ada sesiapa yang boleh mengubah nasib kita kecuali kita yang mengubahnya sendiri :')"
Saya masih ingat kata-kata Ustaz. Saya ingin memohon maaf atas kesalahan yang saya buat semasa di sekolah rendah. Saya berharap cikgu-cikgu memaafkan kesalahan saya. Kalau boleh saya nak buang perangai saya yang lama tu, dan buka buku baru. Rindu kelas agama yang asyik menceritakan tentang hal-hal agama. Tapi sekolah menengah dah tak ada semua tu :(. Saya sayang cikgu, terutama sekali Cikgu Salwa guru kelas kami. Yang selalu menyambut birthday kami semua. Yang mengajar BAHASA MELAYU 6 CEMERLANG. WE ALL LOVE TEACHER. NO TEACHER, WE DO NOT KNOW HOW TO READ AND WRITE. THANK YOU FOR TEACHING US. *maaf Bahasa Inggeris saya masih tidak betul*. THANK YOU FRIENDS BECAUSE WANT TO BE MY FRIEND :'D *Speaking Terabur ;'3*

DARI: NUR SYAZWANI BINTI HISHAM :')
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ini ^_^

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Nµʀ Sγɑẕωɑиɨ