Online Diary ♔ SµρєʀPєи∂єќ ♔

Pages

Friday 26 April 2013

Erti S.A.H.A.B.A.T :)

Sahabat yang sejati adalah orang yang dapat berkata benar kepada ku, bukan orang yang hanya membenarkan kata-kata ku. Friend is a collection of hearts, ready to give, share and understand. It never fades and never ends, it only reminds us life is not perfect without ad friends. 

"Don't walk in front of me. I may not follow. Don't walk behind me. I may not lead, Just walk beside me and be my friend"
"When I need.. When I am sad.. When I am happy.. You always give your hand.. Give hug. 
YOU ARE MY BEST FRIEND"

Carilah sahabat yang bilamana memandang wajahnya, teringat kita akan ALLAH. Apabila mendengar perbualannya, iman kita akan bertambah. Apabila mendampinginya hati akan menjadi tenang. Itulah diantaranya terdapat tanda seorang sahabat yang sejati.

Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan, Tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba. Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya.


Sahabat yang baik umpama pembawa minyak wangi, mungkin dia akan memberikannya kepadamu, atau kamu membeli darinya, atau kamu akan mendapat aroma harum darinya. Sahabat yang tidak baik diumpamakan seperti peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat bau busuk darinya. 

"Selemah -lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari."

UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA.. 
"The most beautidul discovery true friends make is that they can grow separately without growing apart"

Jika manusia kehilangan sahabatnya, dia akan melihat sekitarnya dan akan melihat sahabat-sahabatnya datang dan menghiburkannya. Teman yang disirami kasih sayang menyuburkan keimanan mengharapkan keredhaan ALLAH. Jika dirasakan permata nilam itu indah, indah lagi ukhuwwah yang terljalin sesama insan.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,
Sahabat yang setia ibarat pewangi yang mengharumkan,
Sahabat yang sejati menjadi pendorong impian,
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan ALLAH.

"Ya ALLAH. Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah yang sering denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau meninggal dunia. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak lentur dalam suka ataupun duka. Jika aku dapat aku ingin setia kepadanya, SELAMANYA.... :')"

"Ya ALLAH. Sahabatku buah hatiku. Mesra kami penawar duka. Rindu kami menambah cinta. Rajuk kami membuah ceria. Ya ALLAH. Silaturrahim kami Ukhuwwah Fillah. Permusuhan kami, Nauzubillah. Berpisah hanya dengan mati, InsyaAllah. Pengikat hati kami, Rabithah Marthotillah.:')"




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ini ^_^

 
Copyright © . All Right Reserved by Nµʀ Sγɑẕωɑиɨ