Online Diary ♔ SµρєʀPєи∂єќ ♔: SURAT SEORANG IBU BUAT ANAK YANG TERSAYANG :')

Pages

Wednesday 24 April 2013

SURAT SEORANG IBU BUAT ANAK YANG TERSAYANG :')

PAAANNNGGGGG !!!! terasa hangat pipi Zul di tampar oleh ibunya. Zul memegang pipinya. Zul bertekad hendak meninggalkan rumah. Zul mula mengemas baju-bajunya. Zul keluar dari bilik membawa satu beg pakaian dan mula melangkah keluar dari rumah. Ibunya menahan dari terus keluar. Tetapi Zul tetap berkeras untuk pergi jauh dari ibunya.. Hatinya sakit !!!. Ibunya hanya mampu menangis melihat Zul semakin jauh dari pandangan. 4 Tahun berlalu... Ibu Zul menulis sepucuk surat buat anaknya yang tersayang dan diingati selalu.
Zul kini mempunyai segalanya. Harta, wang, dan kehidupannya telah berubah sama sekali. 

Suatu malam Zul telah bermimpikan ibunya. Zul melihat ibunya berpakaian serba putih. Ibunya datang dalam keadaan tersenyum dan berkata "Pulanglah anakku, ibu amat merinduimu". Zul tidak mengendahkan mimpi itu dan melakukan tugas hariannya seperti biasa. Sebulan selepas itu Zul termimpi ibunya sakit tenat. Zul bangun dan terus bersiap untuk pulang ke kampung bertemu dengan ibunya. Dahulu dia enggan pulang ke rumah walaupun rindu pada ibunya bertamu di hatinya. Sesampainya dirumah Zul terlihat halaman rumahnya yang tak terurus. Tanda tanya mula bermain di kotak fikirannya. Zul mengetuk pintu rumah ibunya. Malangnya tiada siapa yang membukanya. Rasa hairan mula datang menyapanya. Zul memanggil ibunya sambil mencari. Namun kehampaan semakin menguasainya hatinya. Kelibat ibunya yang dirindui itu tidak jugak diketemui. 

Tiba-tiba Mak Usu, sahabat baik ibunya muncul. "Eh, Zul !! Kenapa baru sekarang kau nak balik? kau  tahu tak yang mak kau rindukan kau sangat. Setiap hari menunggu kau di jendela. Harapkan sangat kau balik." Zul kehairanan. Dia masih tertanya-tanya. "Emak mana? Mak Usuuuu????." Mak usu melepaskan keluhan kecil. "Mak kau dah pergi jauh dari kita Zul. Cuma ini je yang mak kau tinggalkan untuk kau." Kata Mak Usu sambil menghulurkan sepucuk surat yang siap bersetem. "Mak kau utuskan surat ini untuk kau. Tetapi dia tidak tahu alamat tempat tinggal kau." Zul menyambut huluran Mak Usu. "Terima kasih Mak Usu. Saya nak minta tolong Mak Usu boleh.? Tanya Zul.
"Boleh nak, kalau Mak Usu boleh tolong, Mak Usu tolong." Jawab Mak Usu ringkas. "Mak Usu boleh tunjukkan dimana kubur mak saya?" "Boleh nak, Marilah ikut Mak Usu." 

Rasa sebak mula menerobos masuk ke pintu hati Zul sebaik sahaja melihat kubur ibunya yang masih merah, dua batu nisan putih menunjukkan ibunya baru saja pergi. Airmatanya mula membuat satu empangan di kelopak matanya. "Zul, marilah pulang. Hari dah lewat benar ni. Malam ni Zul bermalam di rumah Mak Usu ya." Zul menyeka airmata dari terus gugur dari kelopak matanya. "Tak apalah Mak Usu, Zul bermalam di rumah ibu saja." "Kalau macam tu tak apalah. Kunci rumah mak kau ada pada Mak Usu. Sekejap ya." Mak usu membuka beg duit syiling yang sentiasa dibawanya lalu mengeluarkan kunci rumah ibunya. "Nah ambillah. Kalau perlukan apa-apa bagitau Mak Usu." 

Zul membuka pintu rumah dan melangkah masuk ke dalam. Zul melihat sekeliling rumahnya. Tiada perubahan. Seperti baru semalam Zul melangkah keluar dari rumah itu.  Kenangan semalam kembali menerpa seperti wayang gambar. Zul melihat baju kemejanya yang baru telah berlubang akibat seterika terlupa di angkat. "Ibuuuuu.....!!!!!" Jerit Zul. Akibat terkejut dengan jeritan Zul, ibunya terlepas cerek yang baru di angkat dari dapur. Akibatnya kaki ibu Zul melecur sedikit. Ibu Zul bergegas ke hadapan melihat apa yang berlaku. Sesampainya di hadapan, dia melihat Zul sedang membelek baju kemejanya yang sudah berlubang. "Zul, maafkan ibu ya nak, ibu terlupa angkat seterika tu tadi. Sebab cerek dah berbunyi tadi." Ujarnya. "Alah ibu ni, Ada saja alasan. Habis macam mana Zul nak pergi ke rumah kawan Zul nanti? Ibu saja je tak nak bagi Zul pergi kan?" Bentak Zul berang. "Zul, ibu betul-betul minta maaf, ibu tak sengaja nak." "Sudahlah ibu, Zul tak nak dengar lagi !" marah Zul. "Zul, ibu tak pernah ajar anak ibu tinggikan suara dengan orang tua" Ibu Zul menampar pipi Zul. Zul tersedar dari lamunan. "Ya, aku bersalah." Bisiknya.

Zul teringatkan surat ibunya. Lalu membuka dan mula membacanya.
"Assalamualaikum anak yang ibu rindu selalu... Ibu ingin memohon maaf andainya perbuatan ibu pada hari itu menghiris hatimu. Ibu benar-benar rindukan Zul. Ibu harap Zul akan segera pulang. Ibu berjanji tidak akan memarahi Zul lagi. Ibu sayangkan Zul. Ibu sudah beli baju kemeja yang baru seperti kepunyaan Zul dahulu. Ibu gunakan wang simpanan ibu untuk beli baju tersebut menggangtikan yang lama. Ibu harap Zul tidak akan marahkan ibu lagi. Ibu nak sangat berjumpa dengan Zul. Sekiranya ibu memejamkan mata sebelum bertemu dengan Zul. Ibu harap Zul dapat maafkan ibu. Zul jangan risau, ibu telah lama maafkan Zul. Marah ibu hanya di mulut tidak pernah sampai di hati kecil ibu. Kemeja Zul yang baru ada di katil Zul. Ibu harap Zul akan pakai kemeja yang ibu belikan itu. Maafkan ibu sekali lagi ya. 
Yang Merinduimu... IBU..."

Setelah menguak pintu biliknya, airmata Zul bercucuran apabila terlihat satu bungkusan tersebut di atas katilnya. MAAFKAN ZUL IBUUU !!!.
KASIH SAYANG SEORANG IBU TIADA BANDINGAN :') HARGAILAH IBU BAPA ANDA :')


THANKS FOR READING.
WRITTEN BY: NUR SYAZWANI BINTI HISHAM :)



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Ini ^_^

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Nµʀ Sγɑẕωɑиɨ